2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUANTAN,26 Julai - Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM350 Jalan Kuala Lumpur–Kota Bharu,berhampiran lampu isyarat Jalan Lingkaran Tengah (CSR) Raub,Batu 3,Lipis kira-kira pukul 10.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata dalam kenyataan berkata,kemalangan itu menyebabkan Muhamad Anasar Kamarozaman,34,dan isterinya,Zalina Ali,40,meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata dua anak pasangan itu yang turut berada di dalam kenderaan yang dipandu mangsa serta pemandu pacuan empat roda terbabit mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pasangan suami isteri bersama dua anak mereka dalam perjalanan balik ke Dong dari arah susur keluar CSR Raub.
"Semasa kereta mereka hendak meneruskan perjalanan selepas lampu isyarat bertukar hijau,tiba-tiba datang kenderaan pacuan empat roda dari arah Lipis hendak ke Raub melanggar kereta mangsa dari arah tepi kanan," kata Mohd Shahril.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu pacuan empat roda melanggar lampu isyarat merah dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur