2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,26 Julai - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) bagi mempertingkatkan kekuatan dan peranan agensi utama koperasi negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,daripada jumlah itu,RM1 juta merupakan dana baharu yang antaranya melibatkan peruntukan program Asean Cooperative sepanjang Persidangan Asean tahun hadapan.
"Kita ada peruntukan untuk kedai-kedai Rahmah,saya mahu sebagai peruntukan RM2 juta disalur melalui Angkasa. Kita ada perkampungan MADANI yang ambil jawatankuasa masjid,persatuan belia dan wanita. Saya nak masukkan koperasi dalam kelompok itu dan dalam program berkenaan," kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penutup Kongres Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Jelasnya,antara peruntukan baharu sebanyak RM500,000 disalurkan untuk koperasi masjid di desa,manakala,baki RM500,000 pula diberikan bertujuan meningkatkan latihan kompetensi koperator Angkasa desa.
Sebanyak 5,000 koperasi di seluruh negara dihimpunkan dalam kongres yang diadakan,selepas kali terakhir dianjurkan pada 1969.
Turut hadir pada majlis itu ialah,Datuk Ewon Benedick,Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Presiden Angkasa,Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur