2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Ihsan PDRM
KUALA LUMPUR,26 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita bernama Nur Shafila Shuaib,20 tahun,yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu.
PDRM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada 16 Julai lalu.
Menjelaskan lanjut,pihak polis berkata,berdasarkan laporan yang diterima,wanita yang beralamat terakhir di 12-23 Pangsapuri Sri Malaysia,No 2 Jalan 3/141 Kampung Sri Malaysia itu gagal dihubungi.
Wanita tu berketinggian 148 sentimeter dengan berat badan 45 kilogram dan berbadan sederhana kurus serta bertudung tanpa berkaca mata itu merupakan pengasuh di sebuah taska di Desa Petaling.
Sehubungan itu,orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Salak Selatan Baru,Sarjan Khalik Abdul Wahab,di talian 03-79815053 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur