2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelanggan ketika membuat lawatan ke gerai-gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian dan keutamaan.
Beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.
"Jadi pasar Datuk Keramat ni saya tengok memang masalahnya dulu daripada rakya beri kepada syarikat swasta gagal,jadi bandaraya baru ambil balik. Saya fikir kena bagi perhatian kerana keaadaannya sangat daif,"katanya.
Beliau berkata ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud,Jalan Damai hari ini.
Terdahulu,Datuk Seri Anwar meluangkan masa melawat medan selera DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz,sebelum menikmati sajian makan tengah hari hari di situ.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari disambut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama),Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan,Dr. Zaliha Mustafa.
Beliau kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas'ud,Kampung Datuk Keramat bersama lebih 1,500 jemaah.
Usai menunaikan solat,Perdana Menteri sempat beramah mesra bersama penduduk sekitar.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur