2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan model menara Masjid Jamek
KUCHING,26 Julai- Projek pengindahan Masjid Jamek Kuching akan bermula awal tahun depan.
Projek naik taraf itu melibatkan pembinaan empat menara besar dan dua menara kecil.
Menara utama akan dibina setinggi 75 meter manakala menara kecil setinggi 65 meter berkonsep tenaga hijau yang dilengkapi panel solar dan lampu rendah tenaga.
Pembinaan 'minaret' itu mengambil konsep Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Hagia Sophia di Turkiye.
Hadir bagi merasmikan model menara Masjid Jamek,Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Bagi Duta Besar Republik Turkiye di Malaysia,Emir Salim Yuksel menjadi satu kebangaan baginya kerana memilih senireka masjid negaranya dalam naiktaraf masjid jamek Sarawak.
Beliau ditemui media selepas hadir bersama majlis pelancara model menara itu di Kuching petang tadi.
Emir Salim Yuksel sebelum itu turut menyertai Premier Sarawak menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur