2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Presiden ANGKASA,Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah
KUALA LUMPUR,26 Julai- Kongres Koperasi Kebangsaan (KKK) 2024 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah gerakan koperasi negara tetapi juga boleh diangkat sebagai agenda utama sempena setahun Ekonomi MADANI yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai 2023.
Presiden ANGKASA,Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata lapan resolusi yang disediakan adalah hasil daripada 27 sesi libat urus (SLU) bermula Februari hingga Jun 2024 dengan penglibatan lebih 6,000 orang daripada pelbagai latar belakang.
"Saya berterima kasih kerana semua resolusi yang diangkat dapat perhatian Perdana Menteri memberi perakuan dan telah diluluskan RM6 juta yang paling penting peranan ANGKASA di peringkat antarabangsa,Perdana Menteri memberi peruntukan untuk program ASEAN,ini menunjukkan ANGKASA bukan sahaja peranan penting dalam negara dan juga penting di peringkat antarabangsa,"katanya.
Beliau berkata demikian usai membentangkan resolusi berkenaan pada Majlis Penutup KKK 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi,Datuk Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Sejak penubuhan ANGKASA tahun 1972 sehingg kini,sebanyak 15,809 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan 7.2 juta orang.
Manakala sehingga 31 Disember 2023,sektor koperasi telah menjana perolehan sebanyak RM64.6 bilion daripada jumlah syer sebanyak RM17.4 bilion dan jumlah aset bernilai RM165.9 bilion.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur