2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL),Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora
MASJID TANAH,26 Julai- Penubuhan Institut Kajian Sejarah (IKAT) mampu menjadi platform terbaik dalam usaha membawa lebih ramai pengkaji dari dalam dan luar negara.
Menurut Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL),Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora,ia diharap dapat menyumbangkan idea melengkapkan kajian penyelidikan berkaitan Hang Tuah di Melaka.
Beliau berkata,terdapat tiga inisiatif yang akan dilakukan oleh IKAT bagi menghimpun dan memfokus peranan Laksamana Hang Tuah dalam era Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Antaranya penubuhan Kerusi Hang Tuah yang akan membiayai pelbagai kajian mengenai Hang Tuah.
"Yang kedua kita juga akan menawarkan program berkaitan dengan sejarah Hang Tuah untuk peringkat Sarjana dan PHD. Yang ketiga kita akan buat kerjasama dengan universiti dalam dan luar negara,macam tadi kita dah bincang dengan Univerisiti Pattani,mereka ada banyak artifak berkaitan Hang Tuah,begitu juga daripada Indonesia,Turkiye dan India,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas Pelancaran ISRA Corner,Perasmian Institut Kajian Tuah dan Menandatangani Surat Niat sempena Ulang Tahun ke-30 Universiti Islam Melaka di Kuala Sungai Baru,Masjid Tanah.
Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusof.
Sementara itu,Prof Datuk Dr Mohd Taib turut memaklumkan Politeknik Melaka kini dalam peringkat akhir untuk dipindahkan bersebelahan denganUniversiti Islam Melaka (UNIMEL) di Kuala Sungai Baru,Masjid Tanah.
Beliau berkata,untuk itu pihaknya akan menjual sebahagian tanah kepada pihak politeknik untuk pembinaan kampus serta kemudahan lain.
Jelasnya kemudahan itu nanti akan memberi manfaat kepada tujuh ribu pelajar bagi kedua-dua institusi berkenaan.
Politeknik Melaka kini masih lagi beroperasi di rumah kedai,Jalan Pokok Mangga.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur