2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Julai- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),didorong minat belian dalam keadaan jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama.
Pada 6.00 petang,ringgit menokok kepada 4.6600/6625 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama telah mewujudkan permintaan yang lebih baik terhadap ringgit memandangkan perbezaan kadar faedah negatif,dengan bank pusat utama dijangka berkurangan.
Beliau berkata pada minggu ini,Bank of Canada mengurangkan faedah sebanyak 25 mata asas manakala People’s Bank of China turut mengumumkan penurunan kadar yang mengejutkan sebanyak 20 mata asas terhadap kemudahan pinjaman jangka sederhana untuk setahun,hari ini.
“Cabaran seterusnya adalah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.
“September dilihat akan menjadi tempoh masa untuk Rizab Persekutuan (Fed) AS mula mengurangkan Kadar Dana Fed,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0039/0072 daripada 6.0291/0330 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding euro kepada 5.0570/0597 daripada 5.0633/0665 semalam,tetapi rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0598/0616 daripada 3.0173/0196 sebelumnya.
Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang Asean apabila meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 286.7/287.0 daripada 287.9/288.3 semalam,dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4714/4735 daripada 3.4727/4752 sebelum ini.
Ringgit turut naik berbanding baht Thailand kepada 12.8875/9005 daripada 12.9133/9266 semasa ditutup pada Rabu dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.95/7.96 daripada 7.99/8.00 sebelumnya. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur