2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,25 Julai - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu meningkat kepada 1.6 peratus daripada 15.9 peratus pada 2022.
Beliau berkata,walaupun prestasi menyederhana,ekonomi kekal berdaya tahan terutama melalui perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang meningkat sebanyak 6.7 peratus.
"Pertumbuhan itu didorong oleh penambahbaikan sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan media KDNK Kaedah Pendapatan 2023,hari ini.
Menerusinya,Mohd Uzir berkata pertumbuhan kukuh 4.2 peratus manakala lebihan kendalian kasar turun 1.8 peratus.
Prestasi agihan pendapatan itu menunjukkan peralihan ke arah sumbangan pampasan pekerja lebih baik iaitu 33.1 peratus berbanding 32.3 peratus pada 2022.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur