2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis sejajar dengan kejatuhan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 jatuh kepada AS$2,371.00 setiap auns troy daripada AS$2,413.80 setiap auns troy pada Rabu.
Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 juga merosot kepada AS$2,384.40 setiap auns troy daripada AS$2,427.20 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 11 lot daripada sembilan lot semalam,manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 35 kontrak daripada 33 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,421.45 setiap auns troy,mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Julai,2024. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur