2024-07-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,26 Julai- Proton memperuntukkan sejumlah RM253 juta bagi membina kemudahan 'stamping' terbaharunya di Tanjong Malim.
Peluasan itu bakal menampung jumlah pengeluaran keseluruhan yang semakin meningkat dan model baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Menerusi kenyataan,Ketua Pegawai Eksekutifnya,Dr. Li Chunrong berkata rangkaian stamping E dan F merupakan pengembangan kedua Proton selepas perasmian rangkaian 'stamping' D pada Mac 2023.
Sepanjang tahun lalu sehingga Jun 2024,kilang Tanjong Malim telah menghasilkan lebih enam juta komponen.
Jumlah itu dijangka meningkat ketara apabila pengeluaran bagi Proton Saga dipindahkan ke Tanjong Malim menjelang 2026.
Rangkaian baharu tersebut akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap alat ganti import serta melindungi syarikat daripada kemungkinan gangguan dalam perdagangan global.
Pada masa sama,menyumbang kepada pembangunan berterusan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur