2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
MERSING,27 Julai - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyambut baik cadangan kerajaan Johor untuk melaksanakan sekolah rintis di negeri itu pada tahun hadapan.
Menurut beliau,inisiatif itu merupakan pendekatan yang positif dan perlu mendapat dokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan.
"Memang itu suatu program yang bagus dan walaupun saya memahami ia bawah kerajaan negeri tetapi saya yakin pada program yang bagus ini harus mendapat dokongan daripada kerajaan persekutuan pusat dan saya secara peribadi memberikan sokongan terhadap pelaksanaan skim pembelajaran ini," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi sidang media yang diadakan di sini.
Terdahulu Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi,menerusi hantaran di Facebook berkata,pelaksanaan sekolah rintis itu bagi mencorakkan masa hadapan pendidikan pelajar Johor lebih maju dan berdaya saing.
Ia juga selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti di negeri tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur