2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg
KUCHING,27 Julai- Kolej Universiti i-CATS akan menawarkan Kursus kejuruteraan berkaitan aeroangkasa bermula September depan.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak di Kuching hari ini memberitahu ia berikutan kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membolehkan kursus tersebut ditawarkan di kolej tersebut.
Tanpa memberikan butiran lanjut,beliau optimis dengan langkah tersebut untuk mendedahkan anak Sarawak dengan ilmu aeroangkasa dimana kerajaan negeri kini sudah mempunyai hak untuk mengawal selia spektrum.
Selain itu,dalam ucapannya beliau menjelaskan anak Sarawak perlu menerokai bidang baharu bersama kerajaan negeri kerana Sarawak sendiri mempunyai banyak sumber antaranya hidrogen dan yang tinggal adalah ‘Brain Power’ untuk dibangunkan.
"Kerajaan negeri sendiri akan sentiasa menyokong anak Sarawak dalam melahirkan belia ‘Brain Power’ bagi membangunkan jenama Sarawak sendiri,’’ katanya.
Beliau turut menyaksikan majlis tanda tangan memorandum persefahaman antara Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia,MICPA bersama Yayasan Sarawak,Kolej Universiti i-CATS,Universiti Teknologi Swinburne dan Universiti Teknologi Sarawak.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur