2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
JERLUN,27 Julai - Pembaharuan demi pembaharuan menjadikan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kini terus menjadi pilihan ibu bapa terutama di kawasan luar bandar bagi menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan awal.
Antara pembaharuan yang dilakukan adalah menambah baik Modul Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI) yang kini memberi impak positif terhadap kemenjadian anak-anak seawal usia dua hingga enam tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Jerlun Datuk Wira Othman Aziz berkata,modul tersebut memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian Al- Quran.
"Kita melihat bahawa apa yang dihidangkan pihak KEMAS termasuk jugalah kementerian keseluruhannya adalah dengan kurikulm dan aktiviti-aktiviti yang memberi pendedahan awal termasuk juga daripada segi tahfiz kecil ini dan kita mahu rakyat juga menyedari bahawa pendedahan awal ini cukup penting sebelum anak-anak kita melangkah masuk ke sekolah rendah," kata Othman.
Beliau bercakap kepada RTM selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS dan Program Jom Masuk Kampung Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Pusat Kegiatan Masyarakat Parlimen Jerlun,Alor Biak,di sini.
Di Kedah terdapat 811 buah tabika dan 16,456 kanak-kanak.
Pelaksanaan modul yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu melibatkan seramai 250,000 kanak-kanak di seluruh negara bermula pada tahun lalu.
Modul PPI merupakan nilai tambah kepada kurikulum Pendidikan Islam sedia ada yang merangkumi penyusunan semula kandungan modul keseluruhan,pengaplikasian kaedah pembelajaran yang bersifat kontemporari dan berkonsep didik hibur.
Selain itu,penambahbaikan itu juga dilakukan berdasarkan penyesuaian kandungan kuantiti surah al-Quran,pemerkasaan kualiti dan kompetensi tenaga pengajar dengan siri latihan kemahiran.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur