2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
CYBERJAYA,27 Julai- Satu kerangka kawal selia baharu berhubung penggunaan internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga akan diperkenal pada 1 Ogos 2024 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini.
MCMC menjelaskan,ini selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial (social media services) dan perkhidmatan pesanan Internet (Internet messaging services) mesti mematuhi undang-undang Malaysia,demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian,buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
"Menerusi kerangka baharu ini,semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
"Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan,dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588,"menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan MCMC,sebelum ini platform-platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.
"Kerangka kawal selia baharu tersebut hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.
"Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat,serta pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna,terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga," menurut MCMC.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur