2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
GEORGETOWN,27 Julai- Ahli UMNO dilihat perlu berani untuk menolak pemimpin yang tidak kompeten agar parti berkenaan untuk memastikan parti berkenaan terus relevan dalam kalangan rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pemimpin UMNO perlu mempunyai idea bernas bagi membantu masyarakat kerana perkara berkenaan adalah sesuatu yang ingin didengari rakyat.
Jelasnya lagi,segala idea dan dasar yang diutarakan oleh pemimpin UMNO akan dinilai oleh akar umbi parti dan rakyat.
"Supaya kita beri fokus bukan sahaja sibuk berpolitik tetapi juga fikir apa yang kita boleh buat dari segi dasar dan polisi untuk rakyat kita kerana orang yang menilai UMNO bukan sahaja ahli ahli UMNO tetapi juga orang di luar.
"Jadi,apa yang kita berucap apa yang idea yang dapat membantu komuniti rakyat anak anak masa depan kita itulah rakyat nak dengar",katanya demikian selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong di sebuah hotel di sini.
Turut hadir,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang,Datuk Musa Sheikh Fadhir.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur