2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,27 Julai- Ringgit dijangka naik berbanding dolar AS minggu depan,disokong oleh jangkaan pasaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran menjangkakan AS akan menurunkan kadar faedah,seiring dengan unjuran Kebarangkalian Kadar Faedah Dunia (WIRP).
Alat WIRP,yang digunakan oleh pedagang,menjangkakan 105.5 peratus kebarangkalian untuk Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan penanda aras kadar faedah pada bulan September.
“Ringgit mungkin kekal sekitar paras RM4.64 dan RM6.45 pada beberapa minggu akan datang dengan data ekonomi AS menjadi faktor kritikal untuk dipantau.
“Ketika ini,paras sokongan semasa adalah pada RM4.6505. Jika USD/MYR melepasi paras ini,tahap sokongan seterusnya ialah pada RM4.6140,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Indeks Pengurus Pembelian (IPP) AS untuk pembuatan dijangka kekal pada 49.0 mata pada bulan Julai,kekal di bawah 50.
Selain itu,data Gaji Bukan Ladang (NFP) AS dijangka turun kepada 175,000 pada Julai daripada 206,000 pada Jun dengan kadar pengangguran kekal stabil pada 4.1 peratus.
“Secara keseluruhannya,penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku,seljajar dengan ramalan WIRP,” katanya.
Sepanjang minggu lepas,kadar pertukaran ringgit dan dolar US bergerak setinggi 4.6550/6605 pada 26 Julai dan serendah 4.6805/6835 pada 22 Julai.
Dari Jumaat ke Jumaat,ringgit adalah pada paras RM4.65 ditutup pada 4.6550/6605 berbanding dolar US berbanding 4.6840/6875 minggu sebelumnya.
Sementara itu,ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ringgit naik berbanding euro kepada 5.0530/0590 daripada 5.0957/0995,tinggi berbanding pound Britain kepada 5.9901/9971 daripada 6.0452/0497 Jumaat lepas bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0176/0214 daripada 2.9760/9786 minggu sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Unit tempatan melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.97/7.99 daripada 8.03/8.04 minggu sebelumnya dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 285.5/286.0 daripada 289.3/289.7.
Mata wang tempatan dolar Singapura kepada 3.4641/4684 daripada 3.4833/4862 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9069/9268 daripada 12.9075/9221 Jumaat lepas.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur