2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Julai-Petronas bersama Enilive dan Euglena akan membangunkan loji penapis biologi di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) bagi pengoperasian menjelang separuh kedua 2028.
Sejajar itu,syarikat usaha sama akan ditubuhkan di Malaysia untuk membina dan menguruskan loji penapis biologi dengan Petronas Mobility Lestari dan Enilive sebagai pemegang saham terbesar.
Menerusi kenyataan bersama,ketiga-tiga pihak memaklumkan loji penapis biologi itu akan menghasilkan bahan api penerbangan mampan dan biobahan api lain.
Ia bagi memenuhi permintaan industri penerbangan dan pengangkutan global dengan memanfaatkan kepakaran setiap rakan kongsi.
Pembinaan loji dijangka bermula suku keempat 2024 dengan keupayaan memproses kira-kira 650,000 tan bahan mentah setiap tahun.
Pencapaian penting itu akan mengukuhkan kedudukan syarikat minyak dan gas negara dalam rantaian nilai biobahan api,di luar daripada perdagangan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur