2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
TAIPING,29 Julai- Undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan,situasi,cabaran,kemajuan dan teknologi semasa.
Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah,kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti klausa-klausa di dalam enakmen yang tidak lagi relevan atau didapati kurang sesuai dengan perkembangan semasa.
Titah baginda,ia bagi meningkatkan kualiti sistem perundangan dan kehakiman syariah di negeri Perak.
"Klausa-klausa dan peraturan-peraturan sedia ada,yang dilihat boleh menghalang,melewatkan dan menggelincirkan proses keadilan,merangkumi kaedah penguatkuasaan dan hukuman yang dikenakan,perlu dimusyawarahkan untuk dilakukan pindaan dan penambahbaikan," titah baginda bersempena perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Taiping yang merupakan bangunan kelapan yang dimiliki dan ditadbir oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak di sini.
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad.
Baginda turut menyeru agar kerajaan negeri mempertimbangkan peruntukan dalam Belanjawan 2025,agar kemudahan sistem teknologi perbicaraan seperti rakaman audio dan transkrip rakaman yang sudah diguna pakai di mahkamah sivil turut digunakan di mahkamah syariah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur