2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN,29 Julai- Pulau Pinang terima banyak permintaan daripada syarikat China bagi peluang pelaburan sepanjang tahun lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata,perkara itu membuktikan keyakinan pelabur semakin meningkat terhadap ekonomi di Malaysia,khususnya di negeri itu.
"Kita terima banyak permintaan sepanjang tahun lalu. Ini adalah fakta di mana tidak boleh dinafikan kerana banyak syarikat daripada China mencari Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Pulau Pinang.
"Ketika ini,kita tidak lihat jumlah pelaburan berjaya yang besar,tetapi permintaannya tinggi. Bagi pihak kami,kita bersedia untuk menerima dan juga memnuhi permintaan ini," katanya dalam sidang media pengumuman 'The 2024 Asia-Pasific Semiconductor Summit and Expo (APSSE)' di sini.
APSSE itu bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober depan di Pusat Konvensyen Setia SPICE,Bayan Lepas.
Program anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) dengan kerjasama China Electronic Production Equipment Industry Association (CEPEA) dan disokong kerajaan negeri.
Sementara itu,Presiden MSIA Datuk Seri Wong Siew Hai berkata,terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.
"Apa yang kita mahu adalah syarikat yang mampu memberi nikai tambah. Syarikat yang boleh mengukuhkan lagi ekosistem.
"Banyak syarikat China yang sedang melaksanakan teknologi subsektor yang tidak ada di Malaysia dan kita sedar yang China mempunyai teknologi berkaitannya yang boleh membantu untuk mengukuhkan ekosistem. Syarikat-syarikat ini sangat dialu-alukan di Malaysia," katanya.
CEPEA memilih Pulau Pinang bagi membuat persidangan dan ekspo ini disebabkan kewujudan signifikan negeri ini dalam industri semikonduktor dan elektrik dan elektronik (E&E).
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur