2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
TAMBUN,29 Julai- Peraturan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang bakal diperkenal oleh kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,langkah itu juga bagi mendidik pengguna media sosial supaya lebih sensitif dan tidak menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat.
"...dengan masalah yang timbul sekarang kerajaan,cuba memperkenalkan beberapa sekatan yang tidak berapa popular,tetapi untuk mereka yang mempercayai tanpa kekangan dan halangan menggunakan kebebasan dalam media sosial.
"Kerajaan mempunyai hak untuk menyatakan peraturan yang memberi impak kepada masyarakat. Oleh itu cabarannya adalah untuk mengikut perintah dan bukan melanggar keterbatasan platform media sosial," katanya pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2,Tambun,di sini.
Ahad lepas,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati akan dibentang di Parlimen Oktober ini.
Dalam pada itu Anwar sempat bertemu dengan masyarakat setempat dan melawat Masjid Ar-Rashid yang bakal siap dan akan digunakan tidak lama lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur