2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Wanita berbaju kurung kelihatan manis dengan bertelepok semasa Program Perpatih Fest 2024 di Nilai
NILAI,29 Julai- Program Perpatih Fest 2024 sekali lagi mencipta rekod baharu menerusi Malaysia Book Of Records dengan menghimpunkan 1,002 wanita bertelepok.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,program itu sebelum ini pernah mencipta rekod Jambar dan Masakan Kepala Kambing Terbanyak pada penganjurannya yang pertama,tahun lalu.
"...inilah keunikan yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat di Negeri Sembilan yang amat terkenal dengan jolokan negeri beradat. Selain itu uniknya terdapat dua sistem pentadbiran iaitu moden dan tradisi.
"Mungkin ada yang tertanya-tanya,pentadbiran moden bawah Kerajaan Negeri manakala pentadbiran tradisi bawah Luak Berundang,Luak Tanah Mengandung yang dipimpin oleh Penghulu Luak dan wilayah Tampin yang ditadbir oleh Tunku Besar Tampin. Ketua pemerintah tertinggi ialah Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir," katanya.
Beliau berkata demikuan dalam ucapan pada Majlis Perasmian Perpatih Fest 2024 di sini.
Dalam pada itu beliau memberitahu,kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan bagi memperkasa Adat Perpatih dengan lebih 300 program dan aktiviti dijalankan menggunakan dana yang disediakan.
Aminuddin berharap generasi muda turut terlibat dalam setiap program yang dijalankan oleh Luak dan Wilayah Adat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur