2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Polis Perlis Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim
KANGAR,30 Julai - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Perlis berjaya merampas lebih 906 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai RM76.028 juta,bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menurut Ketua Polis Perlis Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim,rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 628 kilogram bernilai RM62.776 juta diikuti 261 kilogram ganja bernilai RM13.040 juta.
Turut dirampas bagi tempoh sama ialah 1.6 kilogram heroin bernilai lebih RM55,000,daun ketum bernilai RM147,647,air ketum bernilai RM6,940 dan ketamin,pil erimin dan pil yaba bernilai RM1,260.
"Kita juga sentiasa berusaha untuk tingkatkan risikan dan perancangan bagi memastikan aktiviti-aktiviti ini dapat dikurangkan. Untuk makluman,dadah-dadah yang dibawa masuk ini digunakan laluan-laluan yang sentiasa berubah-ubah dan dipihak pasukan keselamatan.
"Juga kita terpaksa membuat,merancang dan menilai kawasan-kawasan dan strategi-strategi dengan taktik-taktik baru yang digunakan penyeludup dan tindakan sebegini perlukan kerjasama rakyat atau pu penduduk setempat terutama yang berada di garisan sempadan," kata Muhammad.
Beliau bercakap kepada media dalam Sidang Media Kejayaan PDRM Kontinjen Perlis Bagi Tempoh Januari hingga Jun 2024,di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.
Kejayaan JSJN turut dibantu Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Polis Marin dan pihak JSJN akan terus mempergiatkan operasi membanteras aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah.
Sementara itu Muhammad memberitahu,Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Perlis menerima sebanyak 998 laporan dengan 219 kertas siasatan dibuka,bagi tempoh enam bulan tahun ini.
Angka itu meningkat sebanyak lima kes berbanding 214 kertas siasatan bagi tempoh sama tahun 2023,jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM2.4 juta.
Katanya,kes penipuan dalam talian mencatatkan kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM2.1 juta atau 89 peratus berbanding keseluruhan kerugian.
'Phone Scam' adalah kes penipuan dalam talian yang mencatatkan kerugian tertinggi iaitu RM1.155 juta diikuti pelaburan secara dalam talian lebih RM483,e-dagang dengan nilai lebih RM232,000 dan pinjaman wang tidak wujud dengan nilai lebih RM122,000.
"Kita di Kontinjen Perlis telah berjaya menahan atau menangkap 135 orang dengan pecahannya 38 orang bagi kes pecah amanah jenayah,wang berkurang dalam akaun,'phishing' dan lain-lain,35 orang bagi kes e-dagang,29 orang bagi kes pinjaman wang tidak wujud,19 orang bagi kes phone scam,10 orang bagi kes pelaburan dan empat orang bagi kes love scam. Seramai 70 suspek telah dituduh di mahkamah," kata Muhammad.
Kebanyakan yang menjadi mangsa bagi kes komersial melibatkan pekerja swasta dalam pelbagai sektor diikuti golongan belia terdiri remaja dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT),selain warga pendidik dan pensyarah serta penjawat awam.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur