2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024,di sini hari ini.
PUTRAJAYA,30 Julai- Sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan diumum bagi penambahbaikan fasiliti keselamatan di sempadan utara Semenanjung melibatkan Kedah,Perlis dan Kelantan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan terutama di sempadan utara negara,beliau telah mengarahkan supaya proses pengurusan dan kewangan bagi tujuan itu dipercepatkan.
Menurut Anwar beliau akan bertemu Perdana Menteri Thailand,Srettha Thavisin di Sungai Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan hal keselamatan sempadan selain merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand.
"Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan soal keselamatan sempadan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand," katanya pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024,di sini hari ini.
Dalam pada itu Anwar berkata pembangunan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia,Nusantara perlu diberi tumpuan dan program tindakannya tidak boleh dilengahkan.
Justeru Perdana Menteri berkata beliau mahu laporan terkini dibentangkan kepada beliau dalam mesyuarat Kabinet Khamis ini mengenai perkembangan pembangunan kawasan berkenaan.
Pada 20 Januari tahun lalu,kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia yang baharu itu.
Peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur