2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan/Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 Julai-Sejak Januari hingga Jun tahun ini,Malaysia telah menerima 11.8 juta pelancong asing dengan peningkatan sebanyak 28.9 peratus berbanding tahun lalu.
Jumlah pendapatan pelancong asing yang dijana pula,RM40.4 bilion meningkat 50.8 peratus.
Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Seri Tiong King Sing berkata berdasarkan Laporan Jabatan Perangkawan Malaysia,Pelancongan domestik di Malaysia merekodkan 58.6 juta pelawat pada suku pertama 2024 melonjak 19 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
"Bagi meningkatkan prestasi yang baik ini MOTAC akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri dan pengiat industri dalam membangunkan,mempromosikan industri pelancongan yang menarik,berkualiti dan selamat",katanya di Parlimen hari ini ketika menjawab soalan Senator Micheal Mujah Lihan.
Dalam pada itu,Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan untuk menarik kira-kira 35.6 juta pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan pendapatan pelancongan yang dijangka mencecah RM147.1 bilion.
Ujar King Sing,kementeriannya akan terus mempergiatkan aktiviti pelancongan serta meningkatkan promosi melalui platform digital dan media sosial.
"MOTACberkomitmen untuk memanfaatkan kemudahan tanpa visa bagi menarik lebih ramai pelancong asing terutamanya dari negara-negara seperti China dan India," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Micheal Mujah Lihan yang ingin mengetahui sasaran jumlah pelancong asing MOTAC sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan apakah inisiatif yang dilaksanakan bagi menjayakannya.
Katanya,antara strategi utama adalah dengan membangunkan dan mempromosikan produk pelancongan berimpak tinggi termasuk pelancongan perkahwinan,kesihatan,sukan,dan ekopelancongan.
Tambahnya,kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat serta pihak berkuasa tempatan juga diharapkan dapat membantu dalam menaik taraf dan menyediakan kemudahan di kawasan-kawasan pelancongan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur