2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,30 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM37.05 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.92 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat itu akan menjalankan tender repo Islam berbalik bernilai RM100 juta bagi tempoh 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.1 bilion dan RM22 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur