2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Rahmad Mariman
BANDARAYA MELAKA,31 Julai-Melaka mahu penceramah atau pendakwah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama IslamMelaka (MAIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata,garis panduan berkenaan perlu diikuti bagi memastikan penceramah dan pendakwah mempunyai tauliah bagi menyampaikan ceramah atau ilmu agama yang betul dan tidak menyeleweng.
Selain itu,teks ceramah juga perlu dikemukakan untuk disemak.
"...sebenarnya berlaku juga kes kes seperti ini namun di peringkat kecil,mungkin surau-surau terlepas pandang dan kita tidak tahu. Tetapi sebaik sahaja kita tahu tindakan akan diambil.
"Jadi bukan digalakan tetapi diwajibkan mana-mana individu yang ceramah di Melaka mesti mendapatkan tauliah mengajar terlebih dahulu bukan negeri Melaka sahaja,mana-mana negeri pun sama sebenarnya. Kita ada peraturan dan undang undang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Wacana Hadith Sempena Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Melaka Bagi Tahun 1446H/2024M di Jalan Hang Tuah,Melaka.
Pada masa sama penguatkuasa juga akan memantau majlis ilmu yang berlangsung agar ceramah diberi tidak menyampaikan ilmu yang menyimpang dari ajaran Islam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur