2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,31 Julai - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa,khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan dan ketenteraman tanpa mengira masa.
"Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban semasa bertugas.
"Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur