2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Wong Kah Woh
KUALA LUMPUR,31 Julai- Enam Pasukan Khas ditubuhkan bertujuan memperkasakan haluan pendidikan negara bawah transformasi pendidikan.
Perkara itu termasuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Intervensi Kurikulum.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata,pasukan tersebut bertanggungjawab mengenal pasti isu serta masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum sedia ada selain menyediakan intervensi kurikulum bagi Bahasa Melayu,Inggeris,Sains dan Matematik Tahap I.
"Terkini Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 yang melibatkan 10 buah lokasi di seluruh negara mulai 23 Februari 2024 hingga 27 Julai 2024.
"Jerayawara ini bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 dan mendapatkan pandangan orang awam tentang perkara baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mustafa Musa di Parlimen.
Mustafa bertanya soalan berkenaan status pelaksanaan dan input dari inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah untuk menjajarkan semula kurikulum pendidikan rendah agar penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan serta menanam minat tinggi terhadap bidang sains dan matematik.
Pada masa sama,KPM mengambil langkah proaktif memperkasakan lagi Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM bawahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi menanam minat murid terhadap bidang sains dan matematik.
Dalam pada itu,menerusi soalan tambahan dewan turut dimaklumkan kemasukan pelajar dalam bidang Sains,Matematik,Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) terus menunjukkan peningkatan.
Ia terbukti apabila kadar pengambilannya melonjak 50.83 peratus tahun ini berbanding 40.95 peratus pada 2021.
"Saya percaya usaha-usaha dari kpm dalam mempromosikan STEM dan mengadakan program-program dan aktiviti berkaitan dengan STEM.
"Maka kita dapat membantu untuk memupuk minat anak-anak kita dalam subjek sains dan secara keseluruhan dalam stem," katanya.
Bagi menarik minat murid terhadap bidang tersebut,KPM menggalakkan pembelajaran berasaskan projek serta penyelesaian masalah untuk menarik minat pelajar.
Selain itu,kecekapan guru dan pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah akan dipertingkatkan.
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur