2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan,Muhd Nor Aswadi Md Nor
PASIR PUTEH,31 Julai - Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan akan melaksanakan lebih 200 program berunsurkan patriotisme di negeri itu bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Pengarahnya Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata,program-program tersebut akan dilaksanakan di semua peringkat institusi dan komuniti bagi memastikan program tersebut memberi impak secara holistik dan tersebar luas ke seluruh negeri itu.
"Sepanjang bulan kebangsaan ini pertamanya,kita adakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024. Kedua program di setiap komuniti MADANI kita ada 135 kita panggil jiwa komunitiMADANI@merdeka di komuniti MADANI masing-masing bagi menunjukkan rasa kasih sayang kepada negara kita.
"Dan menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang begitu juga di peringkat sekolah kita gerakkan 81 kelab Malaysiaku di sekolah untuk sama-sama kita hayati kempen kibar Jalur Gemilang ini," kata Aswadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Konvoi KMJG Kelantan daripada Konvoi Terengganu di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh,Kelantan.
Katanya,sebanyak 67 kenderaan pelbagai jenis terlibat secara langsung dalam konvoi KMJG di Kelantan termasuk jabatan kerajaan,swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Konvoi KMJG 2024 di Kelantan merupakan negeri ketujuh dan berlangsung selama dua hari hingga esok melibatkan lima jajahan iaitu Pasir Puteh,Bachok,Kota Bharu,Machang dan berakhir di Kuala Krai sebelum Jalur Gemilang diserahkan pula kepada konvoi di Kedah.
Mengulas lanjut,Muhd Nor Aswadi turut menyeru kepada semua penduduk di negeri itu supaya menzahirkan rasa cinta terhadap negara melalui kibaran Jalur Gemilang di tempat yang bersesuaian.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur