2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR,31 Julai- Lebuhaya Pan Borneo Fasa 1 Sabah dijangka siap keseluruhan pada suku pertama tahun 2026
Kini,status fizikal semasa bagi lebuh raya berkenaan mencapai 76 peratus pembinaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan beberapa faktor diambil kira dalam tempoh pembinaan,antaranya kesesuaian bentuk muka bumi serta sistem perparitan dan saliran.
"Selain itu,kaedah flood simulation digunakan di kawasan berisiko tinggi dan hasil mendapati bahawa pembinaan Pan Borneo Sabah ini tidak memberi kesan yang signifikan kepada kawasan-kawasan yang terbabit dari segi banjir.
"Sistem perparitan ini juga mematuhi spesifikasi dan kriteria yang diperlukan berdasarkan penelitian bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah di peringkat awal reka bentuk yang dimuktamadkan melalui makmal pengurusan nilai",katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara,Tan Sri Panglima Arnifah Aman di Parlimen.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur