2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Lukanisman Awang Sauni
KUALA LUMPUR,31 Julai- Isu kesihatan mental akan diangkat sebagai agenda penting bagi menterjemah keprihatinan kerajaankhususnya dalam menangani peningkatan kes cubaan bunuh diri yang semakin kritikal dalam kalangan remaja.
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,pelbagai langkah diambil untuk membantu individu yang mengalami permasalahantersebut.
Antaranya,menyediakan Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Mental di lebih 1,000 fasiliti Kesihatan Primer,memperluas perkhidmatan kaunseling dengan menempatkan 200 Kaunselor Secara Kontrak (CFS) di 167 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan membangunkan modul MyMinda dalam aplikasi MySejahtera.
Ini termasuk meningkatkan akses perkhidmatan rawatan dan bantuan kaunseling dalam talian.
"Salah satu kaedah yang kami perkenalkan adalah memperkenalkan perkhidmatan talianbantuan krisis kesihatan mental ataupun talian HEAL 15555,mudah untuk kita ingati...di mana kita menyediakan perkhidmatan kaunseling.
"Kita juga mendapati sejak tahun 2022 terdapat hampir 317 cubaan bunuh diri dalam kalangan remaja,juga dewasa dapat kita selesaikan..syukur alhamdulillah,tiada tingkah lakuyang menjurus kepada bunuh diri berlaku melalui panggilan talian HEAL tersebut," katanya di Dewan Negara di sini ketika menjawab soalan Senator,Datuk Nelson W Angang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur