2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pembida hadir lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
IPOH,31 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip lebih RM129,000 hasil lelongan awam membabitkan 50 buah kenderaan yang disita atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,tahun ini.
Timbalan Pengarah JPJ Perak Ab Aziz Awang Teh berkata,daripada jumlah tersebut sebanyak hanya 26 buah kenderaan boleh dilesenkan manakala lapan lagi adalah kenderaan klon.
"Kenderaan yang sudah hampir tamat tempoh di Singapura biasanya akan dibawa ke Malaysia dan diklonkan satu identiti yang lebih kurang sama dengan kenderaan yang ada di sini.
"...itu yang kita panggil kenderaan klon," katanya kepada pemberita dalam majlis Lelongan Awam JPJ Negeri Perak di sini.
Seramai 98 pembida hadir pada sesi tersebut melibatkan jumlah keseluruhan harga rizab sebanyak RM61,400.
Harga rizab paling tinggi ialah RM22,400.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur