2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul
KUALA LUMPUR,31 Julai-Wisma Putra mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul yang berada di Tehran,Iran dalam keadaan selamat.
Wisma Putra melalui kenyataan ringkas di aplikasi Whatsapp memaklumkan Johari akan meninggalkan Iran pada malam ini.
“Ya,kami mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul selamat dan akan meninggalkan Iran,malam ini,” menurut Wisma Putra.
Difahamkan Johari tiba di Tehran Isnin lalu bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran baharu,Masoud Pezeshkian yang dijadulkan pada Selasa.
Terdahulu,media antarabangsa melaporkan pemimpin Hamas,Ismael Haniyeh dibunuh Israel dalam satu serangan di kediaman Haniyeh.
Serangan sama turut menyebabkan seorang pegawai Haniyeh,mati syahid.
BERITA BERKAITAN
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur