2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,30 Julai- Ringgit ditutup tinggi hari ini meneruskan aliran meningkatnya bagi tujuh hari dagangan berturut-turut susulan keyakinan positif Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya tidak lama lagi,kata seorang penganalisis.
Pada 6.00 petang,ringgit melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada 4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6350/6375 pada Isnin.
Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed AS) Jerome Powell juga menyatakan bahawa penurunan kadar boleh berlaku dan tidak perlu menunggu inflasi berada di bawah sasaran 2.0 peratus.
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan AS yang berlangsung selama dua hari pada akhir Julai akan menentukan hala tuju kadar faedah pada masa hadapan.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,mesyuarat FOMC akan bermula malam ini,dengan konsensus menjangkakan tiada perubahan dalam Kadar Dana Persekutuan.
“Ahli-ahli FOMC dijangka berbincang untuk memulakan usaha pelonggaran monetari bagi menangani jangkaan pasaran.
"Ini penting kerana Fed juga ingin meyakinkan pasaran bahawa ekonomi bersedia untuk berdepan dengan pertumbuhan perlahan," katanya kepada Bernama.
Justeru,mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit dijangka mendapat sokongan susulan kemungkinan peralihan tumpuan Fed untuk mengekalkan pertumbuhan memandangkan trend disinflasi yang berterusan.
Sementara itu,unit tempatan diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain dan mata wang negara-negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9427/9472 daripada paras penutup 5.9472/9504 pada Isnin,naik berbanding euro kepada 5.0044/0082 daripada 5.0225/0252 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9845/9870 daripada 3.0158/0176.
Berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain,ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 283.3/283.7 daripada 284.6/284.9 pada Isnin dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4370/4398 daripada 3.4499/4521.
Unit tempatan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.87/7.89 daripada 7.92/7.93 dan menambah berbanding baht Thai kepada 12.8319/8470 daripada 12.8947/9063 sebelumnya. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur