2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,31 Julai- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini,menembusi paras RM4.61,paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
Ahli ekonomi menjangkakan mata wang tempatan akan meningkat lagi ketika pelabur menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.
Pada 8.01 pagi,ringgit meningkat kepada 4.6180/6235 daripada paras 4.6330/6400 ketika ditutup pada Selasa.
Rangsangan dalam sentimen pasaran global dan prospek ekonomi domestik yang kukuh telah memperkukuh mata wang tempatan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan hasil Perbendaharaan AS,jatuh empat mata asas,menunjukkan bahawa lebih ramai pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.
“Ringgit kini didagangkan dalam lingkungan RM4.61 dan kami menjangka RM4.6099 akan menjadi paras sokongan seterusnya.
“Bagaimanapun,aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku selepas mesyuarat FOMC berakhir,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.9272/9343 daripada 5.9427/9472 ketika ditutup pada Selasa dan melonjak berbanding euro kepada 4.9944/5.0003 daripada 5.0044/0082 semalam,bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0244/0284 berbanding 2.9845/9870 sebelumnya.
Pada masa yang sama,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 283.2/283.7 daripada 283.3/283.7 ketika ditutup semalam dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.87/7.89.
Mata wang tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4411/4455 daripada 3.4370/4398 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8707/8932 daripada 12.8319/8470 sebelum ini.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur