2024-08-02 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
PUTRAJAYA,2 Ogos- Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B akan bermula 1 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke memaklumkan program itu membolehkan pemegang lesen kelas B1 dan B2 untuk beralih kepada lesen motor kelas B,dengan mengikuti syarat-syarat ditetapkan.
Antaranya,pemohon tersebut telah memegang lesen kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan,minimum 10 tahun.
"Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
"Kita buat keputusan bukannya menghadkan had umur,tetapi melihat kepada tempoh pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman membawa motosikal.
"Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu melibatkan program amali penunggangan,informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam dan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh qualified training officer (QTO) di institut memandu",katanya.
Beliau memaklumkan program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.
Bagi tujuan menjalani program khas peralihan tersebut,caj perkhidmatan sejumlah RM160 akan dikenakan kepada calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di institut memandu.
Anthony berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kementerian Pengangkutan Tahun 2024 di Putrajaya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur