2024-08-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah,Nasrudin Mahmud
SUNGAI PETANI,5 Ogos- Pemasangan Jalur Gemilang di rumah,premis perniagaan,bangunan dan kenderaan tidak hanya bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan semata-mata.
Sebaliknya,ia juga sebagai tanda menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup menggadai nyawa dan harta benda untuk negara mencapai kemerdekaan.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah,Nasrudin Mahmud berkata perkara tersebut antara mesej yang disampaikan kepada rakyat segenap lapisan sepanjang empat hari Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 menjelajah ke beberapa lokasi di negeri itu.
"Jaga pemikiran kita supaya tidak terjajah oleh anasir-anasir asing yang cuba merosakkan minda. Itulah apa yang cuba kita nak sampaikan dalam kembara ini.
"Belilah bendera pasanglah di rumah sepanjang bulan kebangsaan sebab ia tidaklah semahal berbanding pengorbanan tentera,polis yang terdahulu untuk memerdekakan negara kita,bebaskan negara kita daripada pengaruh komunis,"katanya.
Beliau berucap demikian selepas menghadiri Program Kemerdekaan bersama konvoi KMJG 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan,SMK Pinang Tunggal,Sungai Petani.
Program dirasmikan Pegawai Daerah Kuala Muda,Dato' Abdul Gafar Yahya.
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 akan bergerak ke Pulau Pinang petang ini selepas empat hari berada di Kedah.
Sepanjang di Kedah,peserta konvoi telah singgah di beberapa lokasi.
Antaranya,pejabat Penerangan Daerah Baling; Pusat Kokurikulum,Pekan Pendang; di Institut Latihan Perindustrian,ILP Jitra di Kubang Pasu; dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman,STAR,Alor Setar.
Konvoi yang disertai pelbagai agensi dan jabatan kerajaan itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta kepada negara dikalangan rakyat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur