2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulekfly Ahmad
PUTRAJAYA,6 Ogos- Isu berkaitan cuti bersalin yang dihadkan kepada 60 hari telah diselesaikan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan.
Menterinya,Datuk Seri Dr Dzulekfly Ahmad berkata pihaknya telah mengembalikan cuti itu kepada 90 hari seperti yang diperuntukkan kerajaan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran sumber manusia ini. Namun,sebenarnya ingin saya tekankan perkara itu telah diselesaikan. Apa yang disebutkan awal tadi tak diberikan,telahpun diberikan lanjutan 90 hari.
"Menjadi satu yang tular dan kita juga fahami dan kita juga sedar tentang cuti bersalin ini penting. Kita akan memastikan semua mendapat kelayakan untuk cuti bersalin. Kita baharu bercakap tentang keperluan untuk ibu memberikan psikologi pada anak-anak,belaian kasih dan sebagainya... 90 hari itu sangat penting",katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-kanak Malaysia,di Putrajaya.
Mengulas lanjut,kementerian katanya akan melakukan mobilisasi melibatkan pegawai perubatan bagi menangani isu kekurangan sumber manusia ketika pegawai perubatan sedang menjalani cuti bersalin.
Tular sebelum ini berhubung tindakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari untuk semua pegawai perubatan di Klinik Kesihatan awam sejak 27 Jun sebagai langkah mengatasi kekurangan doktor.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur