2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,6 Ogos - Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dilancarkan bagi menyemai semangat patriotisme sebagai lambang solidariti kepada agenda kemakmuran negara.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata,program itu bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dan cinta kepada negara yang dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang.
"Menyuburkan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga JAWI dan yang kedua bagi memahami mesej yang ingin disampaikan dalam konteks kita melaksanakan dasar-dasar Malaysia MADANI dan tranformasi al-Falah,tetapi hari ini kita akan keluar untuk melakar kejayaan dan berusaha menjadikan jabatan kami iaitu JAWI sentiasa dicontohi dan kita akan bersama-sama dengan agensi yang lain," kata Mohd Ajib dalam majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang,di sini.
Pada majlis tersebut turut disempurnakan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan termasuk van jenazah,lori JAWI Food Bank dan lori Black Maria,Bahagian Penguatkuasaan serta simbolik pelepasan burung merpati.
Selain kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur,masjid dan surau serta Institusi Pendidikan Islam,sekolah-sekolah bawah seliaan JAWI,masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan juga akan mengadakan pelbagai pengisian seperti bacaan Yasin dan Doa Selamat,forum dan ceramah agama serta khutbah Jumaat khas bertemakan kenegaraan sempena Hari Kebangsaan.
Dalam majlis berasingan,Masjid Wilayah Persekutuan turut menerima sumbangan sebuah van berkapasiti 15 tempat duduk bernilai RM96,000 dari Persatuan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan untuk kegunaan aktiviti masjid.
Sumbangan itu dapat membantu merancakkan lagi program pengimarahan masjid sekali gus memberikan manfaat kepada ahli kariah berhampiran.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur