2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Perdana Menteri,Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,5 Ogos-Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE),terutama daripada sumber tempatan.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.
"Terkait inisiatif ‘New Deal for Business’ yang telah dipersetujui MTEN pada 21 Mac 2024,mesyuarat meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan-anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan,selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global",jelasnya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 di sini hari ini.
Jelas Anwar,aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.
Tambah Anwar,kerajaan turut yakin usaha berkenaan akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur