2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan ekonomi terkini.
Penganalisis berkata pasaran global mencatatkan kenaikan semula selepas prestasi hambar pada Isnin,dan keadaan itu menunjukkan pemulihan.
Bagaimanapun,sentimen berhati-hati mungkin kekal,katanya.
Pada pukul 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4700/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4725/4770 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) juga meningkat 0.27 peratus kepada 102.969 mata.
“Pasaran Asia mungkin menyaksikan pendekatan tunggu dan lihat yang diambil kalangan pelabur hari ini. Keadaan ekonomi AS akan terus mempengaruhi tindakan mengelak risiko dalam pasaran.
“Oleh itu,kami yakin ringgit boleh kekal mendatar sekitar RM4.47 hingga RM4.48 memandangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah AS masih tinggi,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.6697/6799 daripada 5.6837/6894 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0889/0949 daripada 3.0879/0914 semalam,dan turun berbanding euro kepada 4.8839/8927 daripada 4.8799/8849.
Mata wang tempatan juga didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Ringgit mendatar berbanding peso Filipina pada 7.73/7.75.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3718/3781 daripada 3.3694/3730,dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.5912/6230 daripada 12.5848/6024.
Ringgit juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.4/277.1 daripada 276.6/277.1 pasa Selasa.-BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur