2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

CYBERJAYA,6 Ogos - Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata walaupun terdapat keputusan yang sukar dalam pelaksanaan dasar tetapi ia telah menghasilkan keyakinan dalam kalangan pelabur asing dan juga tempatan.
“Melihat kepada pasaran modal dan pasaran saham,ia menunjukkan pelabur yakin dengan prospek Malaysia,di samping pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama dan anggaran suku kedua lebih tinggi pada kira-kira 5.8 peratus. Semua ini adalah asas kepada pengukuhan ringgit,” katanya semasa ditanya mengenai prestasi ringgit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah kampus kedua Vantage Data Centers,di sini,hari ini.
Pada 8 pagi hari ini,ringgit diniagakan tinggi sedikit kepada 4.4200/4300 berbanding dolar AS,daripada paras penutup 4.4240/4305 pada Isnin.
Menurut pakar ekonomi,ringgit mencatatkan kenaikan amat memberangsangkan tahun ini,meningkat 4.1 peratus berbanding dolar AS.
Tengku Zafrul berkata dengan usaha gigih kerajaan beliau optimis negara dapat mencapai sasaran pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus pada tahun ini.
“Kita menyaksikan peningkatan perdagangan sebanyak 8.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,dengan pelaburan meningkat sebanyak 13 peratus.
“Jika kita dapat mengekalkan (trend ini),kita sepatutnya dapat memenuhi sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini," katanya.
Bagaimanapun,beliau mengakui kenaikan ringgit ketika ini sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan dolar AS ekoran laporan pekerjaan yang kurang memberangsangkan dan prospek kemungkinan penurunan kadar faedah di ekonomi terbesar dunia itu.
Sementara itu Zafrul berkata,kerajaan akan mengumumkan garis panduan bagi keberkesanan penggunaan kuasa pusat data dan keberkesanan penggunaan air menjelang suku ketiga tahun ini.
Katanya,garis panduan itu akan memastikan pusat data yang dibina memenuhi keperluan minimum bagi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
"Memenuhi syarat minimum yang sudah ditetapkan institusi tinggi global. Jadi sebab itu SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia (JSM) dalam proses akhir dan akan dibentangkan pada suku ketiga tahun ini," katanya.
Tambahnya,MITI akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Digital dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),menggabungkan penambahbaikan itu dalam ekosistem pusat data.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur