2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,7 Ogos - Pembuat kereta nasional,Proton Holdings Bhd (Proton) mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit selepas dilancarkan pada 4 Jun.
Menurut Proton,jualan model itu terus meningkat,dipacu permintaan pengguna yang semakin tinggi,ciri yang canggih dan sokongan rangkaian.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah berkata prestasi jualan kereta itu pada Julai adalah bukti kepada usaha keras dan dedikasi seluruh pasukan di Proton yang peka terhadap maklum balas pelanggan.
“Gabungan prestasi,keselamatan dan ketersambungan model ini menarik minat pelanggan kami dan ini memenuhi keperluan mereka,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah Roslan,pada masa sama,Proton telah membuat penambahbaikan dalam pengeluaran tempatan manakala peningkatan yang mengutamakan pelanggan telah memastikan Proton X50 kekal di hadapan mengatasi pesaing.
Proton turut memaklumkan prestasi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B itu yang kukuh telah memberi kesan kepada pelbagai demografik dan menarik perhatian pembeli lelaki dan wanita secara sama rata.
“Lebih daripada 60 peratus pelanggan berumur di antara 26 tahun dengan 50 tahun,menunjukkan daya tarikannya kepada kedua-dua profesional muda dan mereka yang berkeluarga,” menurut Proton.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur