2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Sumber Asli,Bekalan Air,Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah,Mohamad Yusuf@Munir Zakaria ketika meninjau tapak projek LRA Pelubang/ Foto RTM
JITRA,7 Ogos- Kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu kini telah mencapai tahap kemajuan sebanyak 39.02 peratus iaitu mendahului 3.36 peratus atau bersamaan 45 hari lebih awal berbanding jadual sebenar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya,Mohamad Yusuf@Munir Zakaria berkata,LRA Pelubang akan meningkatkan kapasiti air dari 227 MLD kepada 454 MLD.
Ia akan membekalkan air kepada sebahagian penduduk di Kota Setar,Kuala Kedah,Kubang Pasu,Sintok dan kawasan berdekatan.
Katanya,LRA Pelubang diberikan ‘Extension Of Time’ (EOT) sehingga 21 Disember 2025 berikutan beberapa isu teknikal yang dialami sebelum ini.
“Ini antara projek yang memuaskan kerana prestasi sangat baik dan kontraktor melakukan kerja habis-habisan..Dengan kemajuan yang memberangsangkan ini,diharapkan projek LRA Pelubang akan siap mengikut jadual dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada penduduk di kawasan yang terlibat",katanya selepas meninjau kerja-kerja pembinaan di LRA Pelubang di sini.
LRA Pelubang dibina dengan kos sebanyak RM431,000,000 menggunakan dana pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan.
Sehingga kini,lebih RM129,000000 telah dibelanjakan untuk projek tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur