2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kira-kira 42 sukarelawan terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat Orang Asli Semai di Raub/Foto UM
RAUB,7 Ogos-Kira-kira 42 orang sukarelawan dari pelbagai bidang kepakaran kesihatan terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat melibatkan penduduk Orang Asli Semai di sini.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan inisiatif dan kerjasama di antara Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM),Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),bersama-sama Perlis Plantation Berhad (PPB) Group dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Ketua Sukarelawan,Dr. Ng Aik Hao berkata Program tersebut bertujuan untuk aktiviti promosi dan saringan kesihatan untuk penduduk-penduduk di perkampungan Orang Asli Semai di sini,khasnya Kampung Rensong dan Kampung Satak.
"Saya gembira melihat kesungguhan para sukarelawan mendekati penduduk kampung ini. Walaupun mungkin sudah berpengalaman melakukan aktiviti bersama penduduk luar bandar,namun ini adalah kali pertama untuk sebahagian besar daripada mereka,berpeluang untuk berinteraksi dengan penduduk kampung orang asli,” katanya.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program termasuklah saringan perubatan asas,konsultasi perubatan,rawatan asas,pemberian ubat cacing,pemeriksaan gigi dan rawatan asas pergigian.
Selain itu,pemeriksaan kesihatan buat wanita turut dijalankan seperti saringan kanser payu dara,pangkal rahim,pemberian vaksin HPV,serta serta ceramah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan pencegahan kanser.
Menurut Ai Hao,seramai 500 orang kampung dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Satak turut menyertai aktiviti yang telah dirancang penganjur.
Tambahnya,program Khidmat masyarakat yang diadakan di sini bukan sahaja bemanfaat kepada penduduk orang asli terbabit tetapi memberi pengalaman berharga kepada para sukarelawan terlibat dalam usaha pihak UM untuk mendekati masyarakat dan memberi sumbangan bermakna kepada komuniti yang terpinggir dan memerlukan.
"Saya pasti pengalaman ini akan menjadikan mereka sebagai petugas kesihatan yang lebih empati dan prihatin satu hari nanti",tambahnya.
Dalam pada itu,salah seorang sukarelawan,Prof. Dr. Norliza Ibrahim menyatakan kekagumannya terhadap sambutan penduduk Orang Asli Semai terhadap program berkenaan.
“Selalunya sambutan agak dingin untuk pemeriksaan gigi kerana sering dimomokkan dengan pemeriksaan gigi yang menyakitkan,namun dengan pendedahan maklumat yang betul,mereka beratur beramai-ramai untuk mendapatkan pemeriksaan gigi,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur