2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto AFP
PUTRAJAYA,7 Ogos- Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh berikutan situasi negara itu yang masih belum stabil,kata Kementerian Luar.
Dalam satu kenyataan,Kementerian Luar berkata ia sedang memantau rapi keadaan di Bangladesh menerusi Suruhanjaya TinggiMalaysia di Dhaka.
“Kementerian ini juga mengambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.
Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka,serta sentiasa berwaspada,mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu.
Ia berkatasebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya berlaku kecemasan,warganegara Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di alamatHouse No. 19,Road No. 6,Baridhara Diplomatic Enclave,Dhaka– 1212,atau di talian+880241081892 / 1895 dan +88 018 4179 8077 (untuk kecemasan sahaja) atau e-mel diAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Media melaporkan lebih daripada 200 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan yang bermula sebagai gerakan menentang kuota pekerjaan dalam kerajaan pada pertengahan Julai. Protes itu kemudian berkembang menjadi kempen untuk menyingkirkan Perdana MenteriSheikh Hasina.
Pada Isnin,Hasina meninggalkan Bangladesh di tengah-tengah peningkatan desakansupaya beliau meletakkan jawatan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinannya.
Agensi Anadolu melaporkan pemenang Hadiah Nobel tunggal BangladeshMuhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihannegara itu berikutan peletakan jawatan Hasina.-BERNAMA
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur