2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif,Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,Marhaini Yusoff
SHAH ALAM,7 Ogos- Kempen QuranHour telah merekodkan 7.3 bilion capaian sosial dari 76 negara sejak sedekad penganjurannya.
Program berlangsung serentak pada 30 Ogos nanti termasuk di Malaysia bakal mengangkat tema "Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara".
Ketua Pegawai Eksekutif,Marhaini Yusoff berkata tema Malaysia QuranHour dipilih bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara serta nilai murni yang terkandung dalam al-Quran.
"Istimewanya pada tahun ini juga,insya-Allah kita akan tadabburkan Surah Jumu'ah yang kita bawakan tahun ini dengan Surah al-Hujurat dan juga tentang hadis. Ia luar biasa sebab elemen-elemen Rukun Negara seolah-olah telah merujuk kepada al-Quran itu sendiri",katanya.
Beliau menyatakannya selepas Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia #QURANHOUR 2024 di Shah Alam.
Ke arah itu,RTM selaku penyiar rasmi akan menyiarkan siaran langsung program ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur