2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Shahnaz Al-Sadat
KUALA LUMPUR,7 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepadaPengerusi LeapEd Services Sdn Bhd Shahnaz Al-Sadat yang tercalon sebagai 10 finalis bagi Pingat Pendidikan Asia 2024.
“Moga pencapaian ini membakar semangat saudari dan juga warga pendidik lain agar terus memartabatkan serta memajukan lagi sistem pendidikan di Malaysia,” kata beliau menerusi ciapan diX hari ini.
Menerusi semakan di laman sesawang leapedservices.com,LeapEd Services Sdn Bhd,yang diterajui Shahnaz,adalahperusahaan sosial dengan memberi tumpuan kepada program transformasi pendidikan yang selari dengan Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sementara itu,laman sesawang t4.education/world-education-medals memaklumkan bahawa Asia Education Medal adalah antara tiga daripada Pingat Pendidikan Dunia yang diasaskan oleh T4 Education danHP.
Dua lagi anugerah ialah Pingat Pendidikan AfrikadanPingat Pendidikan LatAm.
“Ia meraikan pemimpin dari semua bahagian di benua itu yang berusaha setiap hari untuk memberikan peluang yang layak mereka peroleh kepada generasi akan datang melalui pendidikan terbaik,” menurut laman sesawang itu.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur