2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO REUTERS
PUTRAJAYA,7 Ogos - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes yang sedang berlangsung di United Kingdom (UK).
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang giat memantau keadaan di UK menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana.
"Walaupun situasi sedang diperhatikan dengan teliti,semua rakyat Malaysia di UK disarankan untuk menjauhi kawasan protes,sentiasa berwaspada dan mengikuti kemas kini serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Kementerian akan berusaha untuk memaklumkan orang ramai tentang sebarang perkembangan,katanya.
Sementara itu,Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London untuk berbuat demikian,bagi memastikan mereka dapat dihubungi dan dibantu dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.
"Ini juga akan membolehkan Suruhanjaya Tinggi memberikan kemas kini dan sokongan yang diperlukan tepat pada masanya," katanya.
Menurut Kementerian Luar,rakyat Malaysia yang mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London perlu memberikan butiran jika mereka melawat UK dalam tempoh singkat (kurang daripada sebulan),menetap atau melawat UK lebih daripada sebulan atau pelajar Malaysia di UK.
Bagi rakyat Malaysia yang melawat UK dalam tempoh singkat (kurang daripada sebulan) mereka disarankan menghantar e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Subjek e-mel harus menyertakan hari terakhir pelawat di UK diikuti dengan nama dalam format TTTTBBHH NAMA (contohnya,20240805 ABU BIN ALI jika hari terakhir adalah 5 Ogos 2024 dan nama adalah Abu bin Ali),menurut kenyataan itu.
Ia berkata bahawa badan e-mel harus menyertakan nama ahli keluarga yang turut serta,nombor NRIC,nombor pasport,alamat di UK,nombor telefon,dan tempoh penginapan di UK.
Nama,dan hubungan dengan waris juga harus disertakan,katanya lagi.
Menurut Kementerian Luar,mereka yang menetap atau melawat UK lebih daripada sebulan perlu mendaftar kehadiran mereka di UK melalui e-Konsular kementerian melalui laman sesawang atau mudah alih di https://ekonsular.kln.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih ekonsular Malaysia yang boleh dimuat turun untuk mendaftar.
Bagi pelajar Malaysia,pendaftaran boleh dilakukan melalui platform pendaftaran Kementerian Pendidikan Tinggi di https://dohe.mohe.gov.my/mydata/login,katanya.
Rakyat Malaysia di UK yang sudah mendaftar di portal TalentCorp MyHeart dianggap telah mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Tiada tindakan lanjut diperlukan,katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur